TV Online Bola, Ancelotti Dedah Pembelian Martin Odegaard Hanya Lagak Publisiti Real Madrid

“Kami berharap anda akan mencapai kejayaan di Real Madrid. Anda mempunyai bakat yang besar. Kami pula mempunyai harapan besar untuk anda.”

Itulah kata-kata pengarah perhubungan awam (PR) Real Madrid, Emilio Butragueño ketika sidang media pengenalan pemain baru, Martin Odegaard kepada media pada 23 Januari 2015 di Valdebebas.

Pada hari tersebut, Odegaard baru sahaja berusia 16 tahun 37 hari. Dan beliau telah pun menjadi buah catur dalam strategi pemasaran Real Madrid di Eropah. Tak lebih daripada itu.

Dalam erti kata lain, beliau ‘ditipu’ oleh Real Madrid.

Pendedahan Ancelotti

Hadir sebagai prodigi bola sepak Norway dan pemegang rekod pemain paling muda membuat debut skuad senior Norway pada usia 15 tahun 253 hari, berita pembelian Martin Odegaard oleh Real Madrid sememangnya menarik perhatian media Eropah dan dunia.

Tetapi menurut bekas pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, pembelian Odegaard sebenarnya tak lebih sekadar daripada upacara PR.

Dalam autobiografinya yang bertajuk ‘Quiet Leadership’, Ancelotti mendedahkan:

“Apabila Florentino (Perez) membeli seorang pemain Norway, saya tak boleh buat apa-apa dan hanya perlu terima sahaja.”

“Lagipun, presiden (Florentino Perez) cakap Odegaard hanya akan main 3 perlawanan dengan skuad senior (Real Madrid) sebagai acara PR untuk kelab.”

Ancelotti turut mendedahkan beliau tak pernah berminat menandatangani Odegaard:

“Dia (Odegaard) boleh menjadi pemain terbaik di dunia, tapi saya tak peduli kerana saya tak pernah minta untuk belinya. PR kelab yang belinya.”

Pendedahan Ancelotti itu ada benarnya.

Odegaard hanya bermain 2 kali dengan jumlah aksi 37 minit untuk skuad senior Real Madrid pada musim 2014/2015. Selepas itu, Odegaard hanya bermain dalam pasukan Real Madrid Castilla dalam Segunda Division B.

Kini selepas 49 perlawanan (dan 2 gol) dalam liga divisyen ke-3 Sepanyol, nama Odegaard hilang dari radar peminat bola sepak Eropah. Nonton tv online sctv lancar jaya.

Ke mana pula Odegaard selepas ini?

Kini Odegaard dilaporkan oleh AS sedang mencari mana-mana kelab yang mahu menggunakan khidmatnya secara pinjaman.

Bapa Odegaard yang juga bertindak sebagai ejennya, mahu anaknya bermain di Jerman atau England asalkan bukan di divisyen ke-3 Sepanyol.

Meskipun menempelak tindakan PR kelab yang menandatangani Odegaard untuk tujuan pemasaran semata-mata, Ancelotti tetap memuji kualiti permainan Odegaard yang ‘mempunyai kebijaksanaan’.

Mana-mana pengurus pasukan di England dan Jerman yang berminat dengan khidmat Odegaard mungkin perlu membeli buku autobiografi Ancelotti, Quiet Leadership untuk mengetahui lebih banyak mengenai kualiti pemain muda Norway ini.

The post Ancelotti Dedah Pembelian Martin Odegaard Hanya Lagak Publisiti Real Madrid appeared first on Semuanya BOLA.

 

You may also like